Anak-anak tidak mengharapkan permainan yang banyak, tapi..

Adakah jika anda membelikan seberapa banyak permainan kepada anak-anak anda, maka mereka akan lebih sayang pada anda? Jika itu anda rasakan, maka anda sudah tersilap! Tidak dinafikan sememangnya kanak-kanak amat sukakan permainan. Melalui permainan, mereka dapat memperkembangkan idea dan kreativiti mereka.  Walau bagaimana pun, membelikan seberapa banyak permainan bukanlah satu kaedah yang berkesan untuk menyogok anak-anak anda agar mereka menyayangi anda.

Padahal apa yang anak-anak sebenarnya inginkan daripada ibu bapa adalah masa yang diluangkan untuk bersama-sama dengan mereka. Itulah harapan anak-anak kepada ibu bapa. Walau sekaya mana anda, walau berbakul-bakul banyaknya permainan yang mampu anda beli bahkan jika setinggi gunung banyak sekalipun ibu bapa tetap tidak akan dapat menebus nilai kasih sayang dengan wang ringgit.

Saya banyak menerima rungutan ibu bapa terhadap tingkah laku anak mereka yang mana saban hari semakin tidak terkawal sehingga timbul segala macam masalah di sekolah. Jawapannya tidak lain dan tidak bukan adalah anak-anak kurang mendapat perhatian dan didikan yang secukupnya daripada ibu bapa di rumah. Lebih-lebih lagi kebanyakkan ibu bapa sekarang ini telah menswastakan penjagaan anak-anak kepada jiran mereka atau pun di pusat penjagaan kanak-kanak. Maka secara tidak langsung anak-anak akan mewarisi sikap dan adab yang dipamerkan oleh pengasuh mereka. Akhirnya, hubungan ibu bapa dengan anak-anak semakin renggang.

Maka, marilah kita sedara upaya memperbetulkan segala apa yang tersilap, perbaiki segala apa yang telah rosak, menggantikan segala yang telah kurang. Moga-moga institusi keluarga dan masyarakat kembali sihat dan bahagia.

About these ads
This entry was posted in Akhlak and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s