Doa mohon kefahaman agama, dikurniakan al-hikmah serta ilmu takwil (tafsir)

ALLAHUMMA FAQQIHU FIDDINI, WA ‘ALLIMHU AL-HIKMATA AT-TA’WILA QURANA

Doa yang pernah dibacakan oleh Rasulullah SAW untuk Ibnu Abbas

Maknanya: “Ya Allah alimkanlah dia hikmah dan takwil Al quran” H.R Ibnu Majah.

Doa daripada Rasulullah SAW ini sesuai dibacakan kepada anak yang baru lahir / kanak-kanak kerana Rasulullah SAW pernah membaca doa ini kepada Ibnu Abbas. Doa Rasulullah SAW dimakbulkan Allah SWT seterusnya Ibnu Abbas menjadi Ahli Tafsir yang hebat dan terkenal.

Diriwayatkan bahawa ketika masih kanak-kanak lagi, Ibnu Abbas memasuki rumah Rasulullah. Baginda sedang bersama seorang yang belum dikenalinya. Abdullah gementar melihatnya lalu segera pulang dan melaporkan apa yang dilihatnya kepada ayahnya. ‘Wahai anakku, engkau sebenarnya telah melihat Jibrail yang kebetulan sedang menemui Rasul,’ jawab al-Abbas setelah mendengarnya. Umum mengetahui Abdullah bin Abbas adalah seorang perawi hadis sejak ubun-ubunnya masih lembik. Beliau juga dikenali sebagai ahli tafsir (mufassir) dan hafiz (penghafal Al-Quran).

Ketika Nabi saw wafat, Abdullah baru berusia 13 atau 15 tahun tetapi dikatakan telah baligh. Setelah wafat Nabi saw, Abdullah muncul sebagai seorang pemuda yang berjaya mencapai kedudukan terkemuka. Hati dan mindanya terbuka dan berkembang. Beliau mengumpulkan beribu-ribu hadis Nabi saw, memahami Al-Quran sedalam-dalamnya di samping memberi fatwa mengenai pelbagai hukum agama. Beliau malah pernah menduduki jawatan qadi dalam upaya menyelesaikan sesuatu hukum kepada orang-orang yang bersangkutan. Abdullah tergolong dalam golongan tokoh ternama dan penting seperti Umar Ibnul Khattab, Ali bin Abi Thalib, Abdullah bin Mas’ud, Zaid bin Thabit dan Abdullah bin Umar. Semasa Khalifah Abu Bakar As-Siddiq wafat, jawatan khalifah pindah kepada Umar Ibnul Khattab. Ketika itu Abdullah bin Abbas telah memiliki pencapaian ilmu yang tinggi. Ramai anggota masyarakat mendatanginya demi menimba ilmu. Seperti Rasulullah, Khalifah Umar juga amat menyintai Abdullah bin Abbas. Mereka saling bermusyawarah dengan para sahabat dan para bijak pandai agama.

Khalifah Umar pernah menyatakan: ‘Ibnu Abbas seorang pemuda yang telah matang ilmunya, berlidah amat bernilai dan berhati bersih.’ Sebaik-baik tafsir Al-Quran, ulas Khalifah Umar, adalah daripada Ibnu Abbas. Mengenai fatwanya, Khalifah Umar berkata: ‘Tiada fatwa yang pernah kudengar lebih baik daripada fatwa Ibnu Abbas. ‘Ibnu Abbas amat menghormati Khalifah Umar dan mengagumi kewibawaannya memimpin negara. Setelah Khalifah Umar wafat, Ibnu Abbas menerima layanan yang sejajar di zaman Khalifah Uthman Ibnu Affan. Khidmat baktinya sedikit pun tidak berkurang dalam apa juga bidang sebelumnya, termasuk berjuang di medan perang. Apabila meragui sesuatu masalah agama, ramai sahabat biasanya berpegang kepada perkataan dan pendapat Ibnu Abbas. Ibnu Abbas dikhatan Rasulullah. Tahap kesayangan Baginda kepadanya tidak berbelah bagi – sama seperti yang diberikan Rasulullah dan Khalifah Umar sebelumnya. Namun Ibnu Abbas tidak segan-segan menegur andai terdapat sesuatu yang dipandangnya kurang tepat dalam pemerintahan Khalifah Uthman.

Ibnu Abbas amat terharu mendengar berita pembunuhan Khalifah Uthman. Namun, menimbang beliau mempunyai hubungan kerabat yang rapat dengan Saidina Ali bin Abi Thalib, beliau terpaksa memihak kepada Sayidina Ali ketika timbul sesuatu ketegangan. Ibnu Abbas bertindak sebagai orang tengah antara suku Bani Hasyim dan suku Bani Umaiyah yang menuntut bela atas pembunuhan Khalifah Uthman. Ibnu Abbas seorang berkulit putih kekuning-kuningan, berbadan sasa dan tinggi. Sikapnya sentiasa tenang dan wajahnya sering berseri. Beliau berbudi pekerti dan berakhlak mulia dan tinggi serta tegas segala tindakannya. Di akhir hayatnya, beliau mengidap penyakit mata sehingga buta. Tahun Hijrah 68 merupakan tahun wafatnya bersamaan dengan wafatnya Khalifah Abdul Malik Ibnu Marwan. Allah telah mengabulkan doanya supaya keturunannya (Dinasti Abbasiyah) mencurahkan bakti kepada agama hingga berjaya memimpin Dunia Islam tidak kurang daripada 600 tahun.

About these ads
This entry was posted in Doa, Ibadah and tagged , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Doa mohon kefahaman agama, dikurniakan al-hikmah serta ilmu takwil (tafsir)

  1. cekgu says:

    salam, saya copy yer…

  2. atul says:

    salam. izinkan saya copy ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s