Ada Halal baru beli..


Baru-baru ini umat Islam digemparkan dengan berita penemuan kaki katak di dalam makanan yang disediakan oleh sebuah restoran kopitiam yang terkenal.

Kejadian berkenaan seharusnya membuka mata dan kesedaran kita sebagai Umat Islam untuk lebih peka dalam memilih restoran atau gerai makanan. Perkara yang melibatkan hukum halal dan haram tidak boleh dikompromi sama sekali. Sesuai dengan peringatan Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud:

Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu.’ (Surah Al-Baqarah: Ayat 168)

Didik anak

Anak-anak perlu dididik sejak kecil dalam memilih makanan yang halal lagi berkhasiat. Ibu bapa boleh mengajar anak-anak secara langsung dengan membawa mereka membeli barang-barang di pasaraya. Beritahu mereka bahawa perkara yang pertama perlu dilihat adalah LOGO HALAL keluaran JAKIM dan bukannya Brand pengeluar.

Logo Halal yang diiktiraf oleh JAKIM

Laporan daripada Akhbar:

KUALA LUMPUR – Sebuah kedai kopitiam terkenal disyaki membeli ayam daripada sebuah pusat penyembelihan ayam yang tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepanjang menjalankan perniagaan selama ini.

Penolong Pengarah Jakim, Mohd. Amri Abdullah berkata, perkara tersebut terbongkar apabila sepasukan pegawai dari Bahagian Hub Halal Jakim, Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melakukan pemeriksaan di sebuah premis sembelihan ayam di Kepong baru-baru ini dan menemui bukti pembelian ayam oleh kedai kopitiam tersebut.

Bagaimanapun, ketika pemeriksaan di kopitiam itu semalam, bukti pembelian di pusat sembelihan tersebut tidak ditemui.

“Dipercayai pemilik kopitiam ini telah menghilangkan bukti berkaitan pembelian daripada pusat sembelihan tidak halal itu.

“Kita hairan macam mana resit boleh hilang, sedangkan pihak kami ada salinan resit pembelian ayam kedai kopitiam ini,” katanya.

Kosmo 24 Julai 2010.

This entry was posted in Umum and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s