Wajibkah Solat Jumaat jika Hari Raya jatuh pada hari Jumaat?

Huraian Tajuk/Isu:

Adakah wajib solat fardhu Jumaat apabila hari raya jatuh pada hari yang sama bagi mereka yang telah menunaikan Solat Sunat Aidilfitri / Aidiladha ?

Keputusan Fatwa :

Setelah diteliti dari setiap sudut dan aspek, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah membuat keputusan seperti berikut :

Alhamdulillah Fatwanya:

Pada hari itu ( Aidilfitri dan Aidiladha jatuh pada hari Jumaat ) kewajipan menunaikan solat fardu Jumaat diwajibkan ke atas lelaki muslim yang bermastautin dan ahli Qariyah setempat.

Adapun orang yang bukan ahli Qariyah setempat yang ingin pulang menziarahi ahli keluarganya, dizinkan dia pulang untuk tujuan berziarah dan kembali semula mereka itu untuk mendirikan solat fardu Jumaat, jika dia berkuasa berbuat demikian. Adapun jika tiada berkuasa berbuat demikian ( hadir semula ke masjid untuk menunaikan solat fardu Jumaat ) maka tiada berdosa. Tetapi adalah lebih baik jika mereka yang terlebih agar menunaikan selepas solat Aidilfitri sehingga selesai solat fardu Jumaat.

Adapun mereka yang di bolehkan meninggalkan solat Fardu Jumaat adalah beberapa golongan :

1) Kaum wanita
2) Lelaki yang bermusafir
3) Hamba
4) Lelaki yang sakit ( uzur syar”ie )

Solat fardu Jumaat adalah merupakan satu syiar daripada syiar-syiar Agama Islam yang perlu dijaga dan dilaksanakan. Berjamaah di dalam menunaikan solat fardu Jumaat adalah wajib fardu ain ( yang dikehendaki dilaksanakan oleh setiap muslim yang cukup syarat-syaratnya berbuat demikian ).

Islam sentiasa memberi perhatian terhadap perpaduan dan kesatuan di kalangan umat Islam dan melarang sama sekali wujudnya punca-punca yang mengakibatkan perselisihan faham dan perbezaan pendapat yang akhirnya membawa kesan negatif kepada penduduk setempat.

Status Penwartaan: Tidak Diwartakan

Sumber: e-fatwa

This entry was posted in Ibadah and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s