Bila sampai di Malaysia?

Begitulah pertanyaan yang kerap diajukan kepada sahabat-sahabat yang datang dari Sabah dan Sarawak oleh segelintir rakyat Malaysia apabila menjejakkan kaki ke tanah Semenanjung. “Rasa terpinga-pinga apabila ditanya sebegitu. Sejak bila pula aku balik dari Oversea? Apakah orang Sabah dan Sarawak bukan rakyat Malaysia?” Ujar seorang sahabat yang berasal dari Sarawak.

Soalan yang sedemikian pastinya boleh mengguris hati dan perasaan sahabat-sahabat daripada kepulauan Borneo  dan pada masa yang sama persoalan tersebut mempamerkan kejahilan segelintir rakyat Malaysia tentang sejarah penubuhan negara mereka sendiri yakni Malaysia!? Mengapakah perkara ini boleh berlaku dan masih berlaku? Dimanakah silapnya? Mari kita sama-sama fikirkan.

Walaupun negara Malaysia telah terbentuk sejak 16 September 1963 iaitu 47 tahun yang lalu tetapi tidak semua yang benar-benar memahami sejarah pembentukan Malaysia. Malah terdapat segelintir rakyat Malaysia yang tidak mengetahui bahawa Sabah dan Sarawak, negeri yang terletak di kepulauan Borneo merupakan sebahagian daripada negeri-negeri yang bernaung di bawah nama Malaysia.

Sedikit coretan sejarah bagi sesiapa yang belum mengetahui. Sabah dan Sarawak merupakan dua buah negeri yang terletak di kepulauan Borneo dan bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia dan juga Brunei Darussalam. Kedua-dua buah negeri ini kaya dengan hasil minyak, gas asli, kayu balak, lada hitam, kaya dari segi hasil maritim dan pelbagai jenis hasil hutan. Keluasan kedua-dua buah negeri ini yang lebih besar dari tanah Melayu menjadi rebutan oleh tiga buah negara yang berdekatan sejak sebelum terbentuknya Malaysia. Negara-negara seperti Brunei, Indonesia dan Filipina amat berminat untuk mendapatkan Sabah dan Sarawak untuk menjadi sebahagian daripada wilayah negara mereka. Oleh yang demikian penyertaan Sabah dan Sarawak untuk membentuk negara Malaysia menjadi satu ‘rahmat’  kepada Tanah Melayu. Perjanjian penyatuan ini merupakan satu ikatan ‘win-win’ buat semua.

47 tahun telah berlalu tetapi mengapa masih kedengaran soalan seperti itu? Apakah ramai masih terkeliru dengan sejarah kemerdekaan Tanah Melayu dan sejarah Pembentukan Malaysia? Umumnya rakyat Malaysia mengetahui bahawa negara kita memperoleh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, maka saban tahun kita menyambutnya pada setiap tanggal 31 Ogos. Manakala tarikh pembentukan Malaysia berlaku pada 16 September 1963. Mudah saja bukan?

Semoga sambutan Hari Malaysia buat julung kalinya pada 16 September 2010, seluruh rakyat Malaysia menjadi  semakin matang dan hubungan antara kaum dan masyarakat di Malaysia terjalin dengan akrab.

Selamat Hari Malaysia!

Murabbiy

This entry was posted in Umum and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s