Jenis-jenis Hadith


1. Al-Quran
Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam bahasa Arab dengan perantaraan malaikat Jibril, sebagai hujjah bagi-Nya,
Ia dimulakan dengan surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan surah Al-Nas.

Al-Quran diterima manusia dengan pemberitaan secara mutawatir iaitu secara lisan atau tulisan, dari satu generasi ke satu generasi lainnya. (Mutawatir ialah perkhabaran yang dikhabarkan oleh ramai orang yang mengikut logiknya, mustahil bagi mereka semuanya berbohong).

2. Sunnah
Sunnah ialah sesuatu yang datang dari Rasulullah s.a.w. selain dari al-Quran samada berupa perkataan atau perbuatan atau taqrir (persetujuan)

Jenis Sunah

a. Sunnah Qauliah (perkataan), iaitu segala hadith-hadith yang diucapkan oleh Nabi s.a.w.

Ia merupakan hadith yang paling banyak di antara jenis-jenis sunnah yang lain. Contohnya sabda Nabi s.a.w. :
“Sesungguhnya segala amalan itu bermula dengan niat dan setiap perkara itu berpandukan kepada apa yang diniatkan”

(Riwayat Bukhari dan Muslim

b.Sunnah Fi’liyyah (perbuatan) ialah segala perbuatan Rasulullah s.a.w. samada terkandung padanya syariat yang wajib dipatuhi seperti sembahyang, puasa Ramadhan, haji dan cara melakukannya.

Atau perbuatan Baginda s.a.w. yang menunjukkan kepada suatu ketentuan yang khusus kepada Baginda s.a.w. sahaja seperti berkahwin lebih daripada empat, berpuasa siang dan malam secara berterusan dan sebagainya.

Atau perbuatan yang lahir dari Baginda s.a.w. sebagai seorang manusia biasa seperti makan, minum, tidur dan sebagainya.

c.Sunnah Taqririyyah (persetujuan), iaitu Nabi Muhammad s.a.w. mendiamkan diri dari mengingkari perkataan atau perbuatan yang berlaku sewaktu Baginda masih lagi hidup dan mengetahui tentang perkara tersebut.

Ini menunjukkan bahawa perbuatan atau perkataan tersebut adalah harus kerana Rasulullah s.a.w. tidak sekali-kali akan mendiamkan diri dari perkara yang salah dan mungkar.

Pembahagian Hadith dari sudut Bilangan Perawi:

1. Hadith Mutawatir

Ertinya dari segi bahasa : Berturut-turut

Dari segi Istilah : hadith yang diriwayatkan oleh sebilangan besar perawi pada zaman-zaman sahabat, tabi’in, tabi’ al tabi’in yang mana mustahil pada akal bahawa mereka bersepakat berdusta terhadap rasuluLlah.

Proses itu berlaku hingga ke akhirnya”.

Contoh:

“Barangsiapa berdusta atasku dengan sengaja, maka ia menempatkan tempat duduknya di dalam neraka.

(Hadith ini menurut Imam Nawawi diriwayatkan oleh 200 orang sahabat)

Syarat Hadith Mutawattir :

1. Perawi mestilah mendengar atau melihat sendiri hadith yang diriwayatkannya. Dimana hadith itu hendaklah diriwayatkan oleh sekumpulan perawi kepada perawi yang lain berdasarkan tanggapan pancaindera. Iaitu hasil pendengaran dan penglihatan sendiri. Contohnya : kata-kata mereka : Kami mendengar (sami’na) dan kami melihat (ro aina) dan lainnya.

2. Jumlah perawinya mencapai bilangan yang mustahil bagi mereka melakukan pendustaan terhadap hadith RasuluLah s.a.w iaitu jumlah perawi dalam setiap tabaqat mencapai bilangan yang mana menurut akal dan adat, mustahil mereka sepakat berdusta terhadap Nabi.

3. Memnpunyai kesimbangan di dalam setiap peringkat yang diriwayatkan. Iaitu terdapat perseimbangan dari sudut jumlah perawi dalam setiap tabaqat. Contohnya : 10 orang perawi di peringkat sahabat meriwayatkan hadith tersebut, dan sekiranya berlaku kekurangan walaupun seorang sahaja perawi yang meriwayatkan pada peringkat tabi’in maka hadith ini sudah tidak memenuhi darjat mutawattir. Contoh lain : Dalam kes hadith yang diriwayatkan oleh 10 orang sahabat, ia telah diterima oleh 5 orang tabi;in dan seterusnya diterima oleh 2 orang tabi’i tabi’in, maka hadith sebegini tidak dikira sebagai Hadith Mutawattir.

4. Tiada sebarang keraguan pada perawi, matannya dan juga maksudnya.

5. Perawi mestilah muslim, adil dan dhobit yang memenuhi riwayat sebagai perawi hadith sahih.

6. Jumlah perawi yang besar bilangannya.

2. Hadith Masyhur

Iaitu hadith yang diriwayatkan dari tiga sanad yang berlainan atau

Hadith yang diriwayatkan oleh tiga orang atau lebih dan disampaikan kepada tiga orang yang lain atau lebih dan begitulah seterusnya hingga sekurang-kurangnya tiga sanad yang berlainan. yang tidak sampai ke darjat mutawattir.

Contoh:

“Orang-orang Islam ialah mereka yang sejahtera sekelian orang islam dari (bahaya) lidahnya dan tangannya”.

Hadith ini diriwayatkan oleh tiga orang Imam hadith dari sanad yang berlainan iaitu Imam Bukhari, Imam Muslim, dan Imam Tirmizi.

3. Hadith Sahih

Iaitu Hadith yang bersambung sanadnya dari permulaan hingga akhirnya

Orang yang menjadi perawinya mempunyai sifat-sifat Adil, Dabid, sejahtera dari keganjilan dan sejahtera dari ‘illat (kecederaan) yang memburukkan.
Contoh:

“Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca Fatihah”
(Riwayat Bukhari dari ‘Ubadah bin Samit)

4. Hadith Hasan

Iaitu Hadith yang bersambung sanadnya

Diriwayatkan oleh orang-orang yang adil sama seperti Hadith Sahih, tetapi kurang dhabidnya, iaitu kurang kekuatan ingatannya (hafazannya) tetapi sejahtera dari keganjilan dan kecederaan.
Contoh:

“Kalaulah tidak aku menyusahkan atas ummatku nescaya aku perintahkan mereka dengan bersugi pada tiap-tiap kali solat.”
(Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah)

5. Hadith Da’if

Iaitu Hadith yang mempunyai syarat Hadith Sahih dan bukan syarat hadith hasan,

Contoh: Perawinya bukan orang Islam, belum baligh, tidak pula diketahui orang atau sifatnya, tidak baik ingatannya kerana selalu lupa, tidak benar percakapannya, pernah berdusta, riwayatnya menyalahi riwayat orang yang lebih masyhur daripadanya dan lain-lain.”
Contoh:

“Barangsiapa berkata kepada orang miskin, bergembiralah engkau! Maka sesungguhnya wajiblah (tetaplah) syurga baginya”
(Riwayat Ibnu ‘Adi)

6. Hadith Maudu’

Iaitu hadith dikatakan Hadith Nabi s.a.w. sedangkan ia bukan Hadith Nabi, dan nyatalah ia merupakan hadith palsu.

Contoh:

“Apabila kamu melihat Mu’awiyah atas mimbarku maka bunuhlah akan dia”

“Buah terung itu penyembuh segala sesuatu”

Sumber Perundangan
Syariah Islam

Sumber Perundangan
Syariah Islam

1. Al-Quran
Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam bahasa Arab dengan perantaraan malaikat Jibril, sebagai hujjah bagi-Nya,
Ia dimulakan dengan surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan surah Al-Nas.

Al-Quran diterima manusia dengan pemberitaan secara mutawatir iaitu secara lisan atau tulisan, dari satu generasi ke satu generasi lainnya. (Mutawatir ialah perkhabaran yang dikhabarkan oleh ramai orang yang mengikut logiknya, mustahil bagi mereka semuanya berbohong).

2. Sunnah
Sunnah ialah sesuatu yang datang dari Rasulullah s.a.w. selain dari al-Quran samada berupa perkataan atau perbuatan atau taqrir (persetujuan)

Jenis Sunah

a.Sunnah Qauliah (perkataan), iaitu segala hadith-hadith yang diucapkan oleh Nabi s.a.w.

Ia merupakan hadith yang paling banyak di antara jenis-jenis sunnah yang lain. Contohnya sabda Nabi s.a.w. :
“Sesungguhnya segala amalan itu bermula dengan niat dan setiap perkara itu berpandukan kepada apa yang diniatkan”

(Riwayat Bukhari dan Muslim

b.Sunnah Fi’liyyah (perbuatan) ialah segala perbuatan Rasulullah s.a.w. samada terkandung padanya syariat yang wajib dipatuhi seperti sembahyang, puasa Ramadhan, haji dan cara melakukannya.

Atau perbuatan Baginda s.a.w. yang menunjukkan kepada suatu ketentuan yang khusus kepada Baginda s.a.w. sahaja seperti berkahwin lebih daripada empat, berpuasa siang dan malam secara berterusan dan sebagainya.

Atau perbuatan yang lahir dari Baginda s.a.w. sebagai seorang manusia biasa seperti makan, minum, tidur dan sebagainya.

c.Sunnah Taqririyyah (persetujuan), iaitu Nabi Muhammad s.a.w. mendiamkan diri dari mengingkari perkataan atau perbuatan yang berlaku sewaktu Baginda masih lagi hidup dan mengetahui tentang perkara tersebut.

Ini menunjukkan bahawa perbuatan atau perkataan tersebut adalah harus kerana Rasulullah s.a.w. tidak sekali-kali akan mendiamkan diri dari perkara yang salah dan mungkar.


Pembahagian Hadith dari sudut Bilangan Perawi :

1. Hadith Mutawatir

Ertinya dari segi bahasa : Berturut-turut

Dari segi Istilah : hadith yang diriwayatkan oleh sebilangan besar perawi pada zaman-zaman sahabat, tabi’in, tabi’ al tabi’in yang mana mustahil pada akal bahawa mereka bersepakat berdusta terhadap rasuluLlah.

Proses itu berlaku hingga ke akhirnya”.

Contoh:

???? ?????? ??????? ???????????? ??????????????? ?????????? ???? ????????

“Barangsiapa berdusta atasku dengan sengaja, maka ia menempatkan tempat duduknya di dalam neraka.

(Hadith ini menurut Imam Nawawi diriwayatkan oleh 200 orang sahabat)

Syarat Hadith Mutawattir :

1. Perawi mestilah mendengar atau melihat sendiri hadith yang diriwayatkannya. Dimana hadith itu hendaklah diriwayatkan oleh sekumpulan perawi kepada perawi yang lain berdasarkan tanggapan pancaindera. Iaitu hasil pendengaran dan penglihatan sendiri. Contohnya : kata-kata mereka : Kami mendengar (sami’na) dan kami melihat (ro aina) dan lainnya.

2. Jumlah perawinya mencapai bilangan yang mustahil bagi mereka melakukan pendustaan terhadap hadith RasuluLah s.a.w iaitu jumlah perawi dalam setiap tabaqat mencapai bilangan yang mana menurut akal dan adat, mustahil mereka sepakat berdusta terhadap Nabi.

3. Memnpunyai kesimbangan di dalam setiap peringkat yang diriwayatkan. Iaitu terdapat perseimbangan dari sudut jumlah perawi dalam setiap tabaqat. Contohnya : 10 orang perawi di peringkat sahabat meriwayatkan hadith tersebut, dan sekiranya berlaku kekurangan walaupun seorang sahaja perawi yang meriwayatkan pada peringkat tabi’in maka hadith ini sudah tidak memenuhi darjat mutawattir. Contoh lain : Dalam kes hadith yang diriwayatkan oleh 10 orang sahabat, ia telah diterima oleh 5 orang tabi;in dan seterusnya diterima oleh 2 orang tabi’i tabi’in, maka hadith sebegini tidak dikira sebagai Hadith Mutawattir.

4. Tiada sebarang keraguan pada perawi, matannya dan juga maksudnya.

5. Perawi mestilah muslim, adil dan dhobit yang memenuhi riwayat sebagai perawi hadith sahih.

6. Jumlah perawi yang besar bilangannya.

2. Hadith Masyhur

Iaitu hadith yang diriwayatkan dari tiga sanad yang berlainan atau

Hadith yang diriwayatkan oleh tiga orang atau lebih dan disampaikan kepada tiga orang yang lain atau lebih dan begitulah seterusnya hingga sekurang-kurangnya tiga sanad yang berlainan. yang tidak sampai ke darjat mutawattir.

Contoh:
???????????? ???? ??????? ??????????????? ???? ????????? ????????

“Orang-orang Islam ialah mereka yang sejahtera sekelian orang islam dari (bahaya) lidahnya dan tangannya”.

Hadith ini diriwayatkan oleh tiga orang Imam hadith dari sanad yang berlainan iaitu Imam Bukhari, Imam Muslim, dan Imam Tirmizi.

3. Hadith Sahih

Iaitu Hadith yang bersambung sanadnya dari permulaan hingga akhirnya

Orang yang menjadi perawinya mempunyai sifat-sifat Adil, Dabid, sejahtera dari keganjilan dan sejahtera dari ‘illat (kecederaan) yang memburukkan.
Contoh:
??? ??????? ?????? ???? ???????? ??????????? ??????????

“Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca Fatihah”
(Riwayat Bukhari dari ‘Ubadah bin Samit)

4. Hadith Hasan

Iaitu Hadith yang bersambung sanadnya

Diriwayatkan oleh orang-orang yang adil sama seperti Hadith Sahih, tetapi kurang dhabidnya, iaitu kurang kekuatan ingatannya (hafazannya) tetapi sejahtera dari keganjilan dan kecederaan.
Contoh:

?????? ??? ???? ??????? ????? ????????? ?????????????? ???????????? ?????? ????? ???????
“Kalaulah tidak aku menyusahkan atas ummatku nescaya aku perintahkan mereka dengan bersugi pada tiap-tiap kali solat.”
(Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah)

5. Hadith Da’if

Iaitu Hadith yang mempunyai syarat Hadith Sahih dan bukan syarat hadith hasan,

Contoh: Perawinya bukan orang Islam, belum baligh, tidak pula diketahui orang atau sifatnya, tidak baik ingatannya kerana selalu lupa, tidak benar percakapannya, pernah berdusta, riwayatnya menyalahi riwayat orang yang lebih masyhur daripadanya dan lain-lain.”
Contoh:

???? ????? ?????????????? ???????? ?????? ???????? ???? ??????????

“Barangsiapa berkata kepada orang miskin, bergembiralah engkau! Maka sesungguhnya wajiblah (tetaplah) syurga baginya”
(Riwayat Ibnu ‘Adi)

6. Hadith Maudu’

Iaitu hadith dikatakan Hadith Nabi s.a.w. sedangkan ia bukan Hadith Nabi, dan nyatalah ia merupakan hadith palsu.

Contoh:

????? ????????? ??????????? ????? ?????????? ?????????????

“Apabila kamu melihat Mu’awiyah atas mimbarku maka bunuhlah akan dia”

???????????????? ??????? ????? ??????

“Buah terung itu penyembuh segala sesuatu”

This entry was posted in Syariat and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s