Kita dinilai daripada cara berpakaian?

“Don’t judge a book by it’s cover” merupakan kata-kata yang popular selalu digunakan oleh mereka-mereka yang ingin mengatakan bahawa hati mereka baik walaupun penampilan mereka sebaliknya atau jangan nilai diri mereka melalui pakaian. Apakah benar kata-kata tersebut?

Video di bawah ini menunjukkan seorang pelanggan berpakaian seperti perompak masuk ke premis perniagaan untuk ingin membeli barang. Mari kita lihat apa reaksi pekerja di kedai terbabit.

Daripada contoh yang ditunjukkan di dalam video tersebut mungkin kita boleh membuat kesimpulan bahawa penyataan “Don’t judge a book by it’s cover” adalah tidak betul dalam kebanyakan perkara. Mungkin anda boleh mengatakan bahawa bukan semua lelaki yang berjubah dan berkopih itu baik dan wanita berpakaian seksi itu jahat. TETAPI saya berani mengatakan MAJORITI lelaki yang mengenakan pakaian sunnah adalah baik manakala kebanyakan wanita yang berpakaian seksi itu adalah fasiq.

Banyak contoh yang boleh kita gunakan dalam membincangkan isu ini. Pakaian merupakan identiti atau luahan daripada jiwa manusia. Warna, corak, dan juga fesyen yang dipilih oleh seseorang menunjukkan keserasian terhadap jiwa mereka. Begitu juga dengan pekerjaan dan uniform mereka. Polis, tentera, doktor, malahan pakaian yang digunakan pekerja am juga memberi maksud tertentu sesuai dengan kerja yang dilakukan serta tanggungjawab yang mereka galas. Tidak dinafikan pakaian juga mampu memotivasikan diri si pemakai.

Oleh yang demikian, sebagai umat Islam seharusnya kita memilih pakaian yang sesuai dengan identiti kita sebagai umat Rasulullah SAW. Semoga dengan keikhlasan kita dalam mematuhi syariat Islam serta Sunnah Rasulullah SAW kita akan memperoleh syafaat daripada Baginda serta rahmat daripada ilahi.

Wallahualam.

Murabbiy

This entry was posted in Akhlak and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s