Laungan Azan berkumandang 24 jam di seluruh dunia

Mari tonton dokumentari tentang bagaimana laungan azan sentiasa berkumandang di seluruh dunia tanpa henti. Laungan membesarkan keagungan Allah yang Maha Esa tidak akan terhenti sehingga kiamat.

SEJARAH AZAN

Terjemahan Azan secara harfiah:

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,

Aku bersaksi bahawa Muhammad Pesuruh Allah,

Marilah mengerjakan solah,

Marilah menuju kejayaan,

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,

Tiada Tuhan melainkan Allah.

Maksud kalimah-kalimah ini mengikut ulama adalah lebih luas daripada tujuh lautan tetapi secara ringkas ialah bahawa Allah mengatasi segala-galanya dan bahawa Tuhan hanyalah satu dan Muhammad adalah rasulnya. Lakukanlah solat untuk mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. Bahawa Allah adalah di atas segala ciptaanNya dan bahawa Allah hanya satu.Dari segi sejarahnya, dikisahkan Azan mula diamalkan pada tahun pertama hijrah umat Islam dari Mekah ke Madinah pada abad ketujuh Masehi.

Mengikut Hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar bin al-Khattab r.a. tiada orang yang menyeru atau melaungkan Azan ketika orang Islam berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang pada mula-mula umat Islam berhijrah ke Madinah.

Ini menyebabkan pada suatu hari Rasullullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat dan membincangkan cara mengingatkan umat Islam waktu solat telah masuk dan mengajak mereka ke masjid melakukan solat berjemaah.

Solat bagi umat Islam bukan sahaja sekadar menyembah Pencipta alam semesta tetapi juga merupakan ikrar mematuhi peraturan hidup yang ditetapkan olehNya di samping memohon petunjuk dan rahmatPada mesyuarat itu, ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera, ada yang mengesyorkan ditiupkan serunai atau terompet dan ada juga yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng, namun semua usul itu ditolak Nabi Muhammad s.a.w.

Umar kemudian mencadangkan supaya diteriakkan ayat “telah datang waktu solat” dan ini diterima Nabi, tetapi Baginda menukar lafaznya kepada “assolatu jamiaah” yang bererti “Marilah solat berjemaah”.

Sehinggalah pada suatu malam Abdullah bin Zaid bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk menghebahkan solat dengan mengumandangkan Allahhu Akbar (dan seterusnya…)Semasa diberitahu kepada Rasullullah s.a.w pada paginya, (Umar juga menyatakan bermimpi yang serupa), Baginda bersabda: “Mimpi itu mimpi yang benar”, maka Nabi memerintahkan Bilal bin Rabah melaungkan azan itu.Untuk solat Jumaat, Azan berkumandang sebanyak dua kali, kali pertama menandakan masuk waktu Zohor untuk memanggil orang Islam ke masjid dan kali kedua sejurus sebelum Imam memulakan Khutbah Jumaat.

Begitu juga Azan Subuh diamalkan semasa zaman Rasullullah s.a.w. dikumandangkan dua kali seperti yang dilakukan di Masjidil Haram — pertama selepas berlalunya separuh malam untuk memberitahu muslimin bahawa waktu Subuh sudah hampir dan waktu itulah mereka digalakkan bersembahyang sunat tahajjud dan sebagainya atau bersahur untuk berpuasa. Azan kedua diperdengar ketika masuk waktu Subuh dengan tambahan lafaz “as-salatu khayrun min an-naum (solat itu lebih baik daripada tidur).Selain untuk tujuan sembahyang, Azan sunat diamalkan untuk dibisikkan ke telinga bayi lelaki baru lahir atau suatu ketika dulu sebagai isyarat untuk memaklumkan kepada umat Islam waktu mudarat atau bahaya seperti bencana alam, kebakaran dan perang.

Namun yang menarik perhatian ialah keajaiban yang banyak dibincangkan termasuk di Internet bahawa Azan berkumandang 24 jam di seluruh dunia berdasarkan perbezaan waktu dan tempat.Ribuan bilal akan melaungkan seawal kira-kira 5.30 pagi, Azan Subuh yang bermula di bahagian timur, Indonesia dan proses itu akan bergerak ke barat kepulauan Indonesia dengan perbezaan waktu timur dan barat kepulauan Jawa adalah 90 minit.

Belum pun laungan Azan itu selesai di seluruh Indonesia, mengikut perkiraan, ia akan bergema di Malaysia, kemudian disambut di utara, di Myanmar, China dan seterusnya. Dalam tempoh satu jam bermulanya Azan Subuh di Jakarta, Azan akan bersahutan di Bangladesh dan bergema pula di India.Belum berakhir di Pakistan, laungan Azan Subuh akan dilaungkan di Afghanistan dan Oman.

Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad, Iraq dianggarkan satu jam, maka dalam jangka masa ini juga Azan Subuh dikira akan dilaungkan di Emiriyah Arab Bersatu, di tanah suci Mekah dan Madinah dan negara-negara lain.Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik dalam jangka masa sembilan jam setengah, tetapi sebelum Azan Subuh bergema di situ, Azan Zohor sudah berkemundang di Indonesia semula.

Begitulah seterusnya bilal-bilal di serata pelusuk dunia akan sahut menyahut melaungkan keagungan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w setiap detik, sepanjang waktu.

Sumber: http://halaqah.net/v10/index.php?page=98

Kebencian musuh-musuh Islam

“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani itu tidak sesekali akan redha (bersetuju atau suka) kepadamu (wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut millah (jalan, agama) mereka. Katakanlah (kepada mereka) : “Sesungguhnya petunjuk Allah (Islam) itulah petunjuk yang benar”. Dan sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran itu), maka Engkau tidak akan mendapat walau sedikit pun pimpinan (bimbingan) dan pertolongan daripada Allah.”
(Al-Baqarah : Ayat 120)

Melalui ayat tersebut, Allah swt telah memberikan peringatan kepada kita bagaimana sikap orang-orang kufar yang sebenar. Atas kebencian yang tersemat di dalam jiwa mereka, mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk mengekang penyebaran Islam di seluruh dunia. Contohnya di Singapura, Azan tidak dibenarkan untuk dilaungkan melalui corong pembesar suara. Lain pun di Switzerland yang mana kerajaan mereka tidak membenarkan pembinaan menara-menara Masjid. Tidak cukup dengan itu, menteri kabinet Denmark secara terang mempersendakan serta menghina Rasulullah SAW melalui filem ‘fitna’. Tetapi apa yang menyedihkan, umat Islam sekarang semakin sibuk dengan urusan keduniaan, hanya memandang perkara sebegini sebagai masalah terpencil.

ps: Apakah cerita Tarzan yang melolong memanggil haiwan-haiwan di hutan adalah hasil kreativiti ‘seni hiburan’ hollywood merupakan satu simbolik bagi menghina laungan azan? Wallahualam.

Murabbiy

This entry was posted in Ibadah, Teknologi and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s