Harga RON 97 naik 10 sen lagi

Harga RON 97 naik 10 sen lagi

KUALA LUMPUR 4 Jan. – Harga minyak petrol RON 97 sekali lagi diselaraskan kepada harga baru melibatkan kenaikan 10 sen menjadi RM2.40 seliter berkuat kuasa esok.

Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal RM1.90 seliter.

Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman, kenaikan harga minyak petrol RON 97 sebanyak 10 sen adalah kerana mengikut harga pasaran minyak mentah dunia.

Menurutnya, ketika ini harga pasaran minyak mentah dunia mencecah AS$100 setong.

“Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapungkan mengikut pasaran semasa.

“Ketika ini, kerajaan tidak lagi menanggung subsidi untuk minyak petrol RON 97 dan kenaikan ini memang tidak dapat dielakkan,” katanya ketika dihubungi¬†Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, kenaikan itu mengikut perkiraan yang ditentukan oleh Kementerian Kewangan.

Pada 1 November lepas, harga petrol RON 97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter dan pada hujung bulan itu juga ia sekali lagi mengalami kenaikan sebanyak 15 sen menjadi RM2.30 sen seliter.

Sumber: Utusan Online / 05 Januari 2011

This entry was posted in Semasa and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s