Senarai bangunan tertinggi di dunia

Antara kelemahan bangunan yang tinggi adalah:

1. Kos pembinaan yang sangat mahal.

2. Kos penyelenggaraan yang mahal.

3. Perlu masa yang lama untuk turun dan naik bangunan.

4. Memerlukan alat yang canggih untuk tugas pembinaan dan pembersihan.

5. Risiko jualan yang tidak mendapat sambutan.

6. Tempat letak kenderaan yang jauh daripada pejabat atau rumah.

7. Ancaman bencana alam.

8. Pulangan keuntungan mengambil masa yang lama.

Mengapa semua manusia berlumba-lumba untuk membina bangunan-bangunan tinggi?

Jawapannya: Nafsu Amarah

Rasulullah s.a.w bersabda di dalam sebuah hadith yang maksudnya: ”Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya.”

Riwayat al-Bukhari

Huraian
i) Di samping faktor-faktor luaran seperti dunia, manusia dan syaitan, faktor dalaman iaitu nafsu turut mendorong manusia melakukan maksiat kepada Allah S.W.T.

ii) Mengendalikan hawa nafsu merupakan jihad terbesar yang sangat berat dan wajib dilakukan manusia. Tanpa kemampuan mengendalikan hawa nafsu, manusia akan jatuh ke jurang kehinaan kerana nafsu sentiasa mengajak kepada keburukan dan kemudaratan.

iii) Orang yang mengikut hawa nafsu seringkali semakin asyik dengan kesesatannya itu bahkan sampai tidak merasa berdosa dengan maksiat yang dilakukan sehingga sanggup dan tanpa malu melakukan tindakan yang melampaui batas. Sebagai contoh, muda-mudi hari ini didapati begitu banyak yang berkelakuan tidak senonoh seperti bercumbu-cumbuan di khalayak ramai dan yang seumpama dengannya sedangkan kita mengetahui bahawa menurut hawa nafsu mengakibatkan kehidupan moral dan akhlak mulia manusia menjadi rosak .

iv) Adalah amat penting bagi setiap umat Islam memiliki nafsu yang selalu memperoleh petunjuk dari Allah S.W.T sebagaimana nafsu yang telah dimiliki oleh Nabi Yusuf a.s sehingga beliau dapat menghindarkan dirinya dari segala bentuk kemaksiatan.

This entry was posted in Umum and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s