Tol tidak naik?! Siapa pula yang bertanya?!

Jika angin tidak bertiup masakan pokok boleh bergoyang. Mengapa secara tiba-tiba wujud jawapan tanpa pertanyaan?

Pengumuman kerajaan bahawa tol tidak dinaikkan bukanlah satu berita gembira buat rakyat Malaysia. Ianya sama sahaja dengan maksud membuat pengumuman bahawa tol tidak diturunkan. Bahkan pemansuhan konsesi tol untuk Lebuhraya Hubungan Timur-Barat dilihat tidak mempunyai apa-apa kaitan terhadap majoriti pengguna lebuhraya kerana mereka tidak menggunakan laluan tersebut. Apa yang kebanyakan pengguna lebuhraya tunggu-tunggu adalah pemansuhan tol di laluan Lebuhraya Utara-Selatan yang selama ini amat membebankan rakyat.

Jika benar berlaku kenaikan tol atau harga barang termasuk minyak petrol sekalipun, kerajaan akan tetap mempunyai alasan walau pun acapkali menggunakan bentuk alasan yang sama walau pun alasan tersebut amat melucukan dan sukar untuk diterima. Skrip yang biasa sangat kita dengar adalah berbunyi.

Koleksi alasan kerajaan bagi menjawab soalan pemberita tentang mengapa kerajaan menaikkan harga barang.

“Kadar harga ________ di Malaysia antara yg terendah berbanding negara-negara jiran.” – Perbandingan dibuat secara tidak telus dan tidak jujur. Mereka suka bandingkan dengan negara yang tidak setara.

“Rakyat hendaklah ubah gaya hidup” – Dulu naik kereta, sekarang kena naik moto.

“Penyelarasan harga barang terpaksa dilakukan bagi membendung kegiatan penyeludupan.” – Ibarat marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

“Rakyat hendaklah mengamalkan hidup sihat” – Rakyat bukan sahaja bertambah stress tetapi lebih sukar untuk menabung.

“Pengurangan subsidi dalam menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak 1 Billion Ringgit” – Duit yang banyak tu ntah pergi ke mana!?

“Subsidi akan disalurkan kepada rakyat miskin” – Padahal menaikkan harga minyak dan barang menambahkan kemiskinan rakyat.

Nota Editor: Apa yang ana dapat fahami daripada istilah-istilah yang digunakan oleh pihak kerajaan BN;
1. PENYELARASAN HARGA = HARGA DINAIKKAN
2. PENSTRUKTURAN HARGA = TIADA PENURUNAN HARGA
This entry was posted in Politrick, Semasa and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s