Al-kisah Monorail Melaka rosak selepas 4 jam dilancarkan

LATAR BELAKANG

Melaka Monorail merupakan satu perkhidmatan monorel yang dibina di Bandar MelakaMelaka. Monorel ini menyelusuri Sungai Melaka sepanjang 1.6 km. Monorel ini mempunyai dua stesen utama iaitu Stesen Monorel Hang Jebat yang terletak di berebelahan Taman Rempah di Pengkalan Rama manakala Stesen Monorel Hang Tuah terletak berhampiran stesen bas lama Melaka. Perkhidmatan monorel ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada 20 Oktober 2010 bersempena sambutan perasmian Melaka Maju 2010. Kos pembinaannya adalah RM16.5 juta. Ia mula dibina pada Mei 2008

Gerabak monorel boleh memuatkan seramai 22 penumpang pada satu-satu masa dan ianya akan bergerak pada kelajuan kira-kira 12km sejam. Perkhidmatan ini sebenarnya adalah bertujuan perlancongan bukan untuk pengangkutan awam biasa.

Sumberhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melaka_Monorail

MONORAIL ROSAK:

Menurut maklumat yang telah diwar-warkan, Monorel yang diimport dari negara China tersebut telah rosak pada hari pengisytiharan MELAKA MAJU 2010. Monorel tersebut tiba-tiba terhenti kira-kira 100 meter selepas bertolak dari stesen Hang Jebat, Taman Rempah. Seramai lebih kurang 20 orang penumpang telah terperangkap dan terpaksa diselamatkan dengan menggunakan kren. Semua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan. Alhamdulillah..

Walaubagaimanapun insiden kerosakan yang berlaku 4 jam selepas Melaka diisytiharkan sebagai ‘Negeri Maju’ dilihat amat memalukan dan segala kelemahan perlulah dikaji dengan segera.

 

This entry was posted in Semasa and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s