Ketua Polis di bandar Mexico

BANDAR RAYA MEXICO – Seorang pelajar sebuah kolej, Marisol Valles Garcia (gambar) yang berusia 20 tahun dikatakan telah meninggalkan pekerjaannya sebagai ketua polis di bandar Praxedis G Guerrero selepas empat bulan memegang jawatan itu, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Garcia turut bertindak meninggalkan bandar itu bersama keluarganya ke Amerika Syarikat (AS) setelah menerima ancaman bunuh.

Bandar Praxedis G Guerrero memang dikenali sebagai lokasi gengster-gengster dadah.

Garcia menjadi ketua polis di bandar itu yang mempunyai 10,000 penduduk selepas dua calon lain menolak untuk mengisi jawatan tersebut. Dua calon itu menolak jawatan tersebut selepas datuk bandar dan anaknya mati dibunuh oleh gengstar dadah.

Dia dikenali sebagai wanita paling berani di Mexico dan dilantik menjadi ketua polis pada Oktober lalu.

Namun, seorang jurucakap bandar itu, Andres Morales berkata, Garcia akan menyambung kembali tugasnya pada hari ini selepas dia menyelesaikan masalah keluarganya. – Agensi

This entry was posted in Umum and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s