Doa mohon keselamatan daripada fitnah dajjal

Ikhtiar untuk menyelamatkan diri kita daripada fitnah dajjal.

Berdo’a kepada ALLAH agar dilindungi dari fitnah Dajjal. Aishah berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu berdo’a dengan do’a berikut selepas selesai tahiyyat akhir, sebelum memberi salam:

1) Menghafal 10 ayat awal dari surah al-Kahf. Dan mengamalkan membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat.

“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-kahfi, pasti terlindung daripada dajjal”. (HR Muslim 809)

“Barangsiapa membaca surah al-kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya” (Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

2) Bersembunyi atau tinggal di bumi Mekah atau Madinah kerana Dajjal tidak dapat memasuki 2 kota suci tersebut.

“Barang siapa mendengar ada Dajjal maka hendaklah ia bersembunyi darinya. Demi Allah ada seseorang yang mendatanginya dan dia mengira bahawa ia beriman lantas dia mengikutinya kerana banyak syubhat atau kesamaran yang menyertainya.” (HR Ahmad, Abu Daud dan Hakim)

“Tidak ada suatu negeri pun yang tidak akan dimasuki Dajjal kecuali Makkah & Madinah” (HR Bukhari)

This entry was posted in Doa and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s