5 askar sembelih Burung Enggang digantung tugas

2011/04/04

SHAH ALAM: Lima anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk seorang pegawai yang didakwa menyembelih seekor burung enggang di Hutan Royal Belum, Perak digantung tugas dan akan dihadapkan ke mahkamah untuk didakwa mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihaknya berharap hukuman itu akan dijadikan pengajaran kerana anggota ATM perlu menyelamatkan hidupan liar yang dilindungi walaupun menemui haiwan berkenaan dalam keadaan hampir mati.

“Siasatan mendapati mereka (anggota tentera) ini menemui spesies burung yang semakin pupus itu dalam keadaan separuh mati dipercayai cedera selepas ditembak pemburu haram.
“Mungkin pemburu haram ini bertindak meninggalkan burung itu selepas menyedari kehadiran anggota tentera. Sepatutnya mereka ambil burung itu dan serahkan kepada pihak bertanggungjawab bukan bertindak menyembelihnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri sambutan Hari Keluarga Kelab Rantau Bagan Datoh (KERABAD) di Wet World, di sini, semalam.

Lebih 2,000 masyarakat berasal dari Bagan Datoh yang berada di perantauan, menghadiri sambutan berkenaan.

Kerajaan Perak sebelum ini memandang serius penyebaran gambar anggota tentera bersama burung enggang yang kelihatan seperti disembelih, didakwa berlaku di Hutan Royal Belum dalam laman web sosial, Facebook dan blog.

Sumber berita: http://www.bharian.com.my/

Sumber gambar: http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com

This entry was posted in Kisah teladan, Semasa and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s