Hadith Kelebihan membaca Al-Quran

Keagungan dan Kemuliaan Al-Quran

Allah SWT berfirman : “Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan), yang tersimpan dalam kitab yang cukup terpelihara, (Lauhul Mahfuzh), yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekelian alam.”

(Al-Waqiah: 77-80)

Rasulullah SAW bersabda makhumnya: “Aku tinggalkan kamu kepada dua perkara dimana jika kamu berpegang kepada keduanya, kamu tidak akan sesat selamanya, iaitulah kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya”

(Malik, T.TH :502)

Memperoleh syafaat daripada baginda Rasulullah SAW

Dari Abi Umamah r.a katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “Bacalah olehmu akan Al-Quran, sesungguhnya dia datang pada Hari Kiamat kelak memberi syafaat kepada tuannya”.

(Muslim)

Menjadi saksi di hadapan Allah SWT dan sebagai pembela kepada si pembaca

Dari Nawwas bin Sam’an r.a katanya, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “Dibawa di Hari Kiamat nanti Al-Quran dan ahlinya, yang beramal dengannya di dunia. Mendahuluinya oleh Suratul Baqarah dan Ali Imran, kedua-duanya berhujah membela tuannya”.
(Muslim dengan riwayat yang sahih)

Diberikan ganjaran berganda dan ditemani oleh para Malaikat yang mulia di akhirat

Dari Aisyah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda : “Orang (mukmin) yang mahir membaca al-Quran, maka kedudukannya di akhirat ditemani para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca al-Quran padahal dia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia mendapat pahala ganda.”

(Muslim)

Dimuliakan oleh Masyarakat

Dari Saidina Usman bin Affan r.a katanya, Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya : “Orang yang paling baik di antara kalian ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.”

(Bukhari, Abu Daud, Tarmizi)

Kedua ibu bapa diberi kemuliaan oleh Allah SWT pada hari kiamat

“Barangsiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini.”

(Abu Daud & Ahmad)

Antara kelebihan membaca Al-Quran dan Surah-surah yang terkandung di dalamnya:

Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan):

  1. Al-Qur’an – Bacalah Al-Quran kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya. (Riwayat Muslim)
  2. Surah Al-Baqarah (ayat 255) – Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut.
  3. Surah Al-Dukhan – Sabda Rasulullah S.A.W. “Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi.” (Al-Tirmidzi)
  4. Surah Al-Mulk – Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur.
  5. Surah Al-Ikhlas – Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

Wallahualam

Disusun oleh Murabbiy.com


This entry was posted in Ibadah and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s