Penyakit Keras Hati

Orang berhati keras, sesungguhnya jauh daripada rahmat Allah. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah adalah mereka yang berhati keras.” (Hadis riwayat At-Tarmizi)

Sesungguhnya hati manusia ini pelbagai wajah seperti pernah diutarakan ulama2 dimana mereka berpendapat hati terbahagi kepada tiga iaitu:

1- Hati yang sihat dan selamat

Iaitu hati yang selalu menerima, mencintai dan mendahulukan kebenaran. Pengetahuannya mengenai kebenaran benar-benar sempurna, juga selalu taat dan menerima sepenuhnya.

2- Hati yang keras

Iaitu hati yang tidak menerima dan taat pada kebenaran.

3- Hati yang sakit

Jika penyakitnya sedang teruk, maka hatinya menjadi keras dan mati, jika ia mengalahkan penyakit hatinya, maka hatinya menjadi sihat dan selamat.

Daripada ketiga-tiga wajah hati itu, apa yang perlu dimiliki orang Islam ialah sekeping hati sihat dan selamat. Sebagai insan beriman dan cintakan Allah secara benar, maka sedaya upaya harus berusaha mengatasi hati keras dan mengubati hati yang sakit.

Jika dibiarkan, hati akan menghadapi beberapa perkara bahaya yang membinasakan iaitu memandang perkara buruk dan baik adalah sama saja atau mungkin mempercayai yang baik itulah mungkar dan yang mungkar itu baik, menjadikan hawa nafsu sebagai pedoman dan bisikan syaitan sebagai penyuluh arah.

Hati diserang penyakit seumpama itu masih boleh dirawat dengan membaca al-Quran, mendalami maknanya dan mengamalkan ajarannya untuk menghidup dan melunakkan hati, selain menambah ilmu pengetahuan serta membentuk akhlak terpuji.

Membaca al-Quran juga boleh menjana ingatan kepada Allah dan meneguhkan ketakwaan. Inilah sebenarnya tujuan al-Quran diturunkan kepada manusia.

Firman Allah bermaksud:

“Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang yang zalim selain kerugian.” (Surah Al-Isra, ayat 82)

Jelas sekali selalu mengingati Allah boleh mengindahkan hati dan menenangkan perasaan. Berdasar pendapat Ibn Taimiyah, zikir itu penting bagi manusia, umpama betapa perlunya ikan kepada air.

Selanjutnya, perlu ada keinsafan dalam hati bahawa diri hanya sebagai hamba hina di sisi Allah. Rasa rendah diri, menjadikan ibadat dilakukan ikhlas, bersungguh-sungguh dan berkualiti.

Rasa rendah diri, menghindarkan daripada sikap sombong dan meyakini bahawa hanya Allah yang Maha Besar dan Maha Agung. Orang yang sentiasa merendah diri, hatinya akan menjadi murni, tenang, senang menerima hidayah serta mendapat kedudukan tinggi di sisi Allah…

Sumber: Ustaz Azhar Idrus Original

This entry was posted in Akhlak and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to Penyakit Keras Hati

  1. purwanto says:

    Assalamu’alaikum wr wb, coment dikit nih, saya suka skali dengan artikel di sini, namun sayang artikelnyA masih memakai imam-2 salafi wahabi, contohnya al-albani, ibnu taimiah, apa tidak sebaiknya memakai imam-2 yang aslinya saja, agar tambah yakin dan enak membacanya, trimakasih wassalamu ‘alaikum wr wb

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s