Siapakah Syaitan?

Ibnu Jarir Ath-Thabari menjelaskan bahawa, “Di dalam Bahasa Arab, syaitan bererti setiap pembangkang (ingkar). Baik dari kalangan manusia, jin, binatang dan sebagainya.”

Allah SWT berfirman:

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.”
(Al-An’aam ayat 112)

“Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.”
(Al-Isra’ : Ayat 53)

Syaitan dari golongan manusia mungkin agak mudah untuk kita tangani kerana kita dapat melihat mereka. Mungkin kerana mata hati yang gelap, manusia tetap tergoda dengan hasutan-hasutan manusia. Adalah yang perlu lebih diawasi ialah syaitan dari golongan jin yang kita tidak dapat melihat mereka sedangkan mereka sentiasa ada di mana-mana dan sentiasa pula menghasut manusia.

Ketahuilah kita bahawa pembangkang atau syaitan yang pertama sekali bermusuh dengan manusia ialah Iblis, iaitu dia telah membangkang apabila disuruh sujud menghormati Nabi Adam. Oleh kerana bantahannya ia telah dilaknat Allah SWT dan kemudiannya dia meminta tangguh kerana dendamnya untuk menyesatkan manusia. (Rujuk tafsir ayat 28 hingga 44 surah Al-Hijr untuk mengikuti kisahnya lebih lanjut).

Iblis telah diusir ke bumi dan di sini, ia telah mengumpulkan syaitan-syaitan dari golongan jin sebagai bala tenteranya. Dalam satu hadith riwayat Imam Muslim disebutkan,

“Dari Jabir bin Abdullah RA, dia berkata Rasulullah SAW bersabda:

“Iblis meletakkan (membangun) singgahsananya di tengah lautan, lalu dia mengutus iringan bala tenteranya. Pasukan yang paling dekat di sisinya (yang paling dicintai) adalah yang paling besar godaannya (hasil fitnahnya). Salah satu pasukannya datang dan berkata kepadanya, ‘Saya telah melakukan begini dan begini.’ Maka Iblis berkata, ‘Kamu belum melakukan apa-apa.’ Lalu salah seorang dari pasukannya datang lagi dan berkata, ‘Saya telah menjerumuskannya (seorang suami), hingga dia memisahkan isterinya (bercerai).’ Maka Iblis mendekatkan pasukan ini kepadanya, dan berkata, ‘Ya, itu baru bagus!’

A’masy berkata, “Saya melihatnya berkata, ‘Maka dia pun mengikutinya”. (Syarah Sahih Muslim 17/107)

Dalil tentang Hasutan Syaitan

Allah SWT telah berfirman:

“..Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.”

(Al-A’raaf, sebahagian ayat 27)

Allah SWT juga berfirman:

“Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya . Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Az-Zukhruf, ayat 36-37)

Hadith Rasulullah SAW juga ada disebutkan bagaimana Syaitan merasuki manusia.

Shafiyah binti Huyay RA berkata, Rasulullah SAW bersabda; “Sesungguhnya Syaitan berpindah pada diri manusia melalui urat darahnya.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Yakinlah kita dengan dalil-dalilnya bahawa syaitan sememangnya wujud dan sentiasa tidak berputus asa untuk menyesatkan manusia. Maka kita seharusnya mengetahui bagaimana caranya untuk memagar diri daripada gangguannya.

Dalil Jin menyesatkan manusia

“Dan bahaawasanya ada di kalangan beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta pelindungan daripada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan..”

(Surah al-Jin : ayat 6)

This entry was posted in Akhlak, Aqidah and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s